ASSALAMUALAIKUM READERS ! ^.^ Setelah sekian lama aku menyepi,setelah sekian lama aku tidak mencoretkan kisah hidupku yang kadang kala ceria dan kadang kala sedih,hari ini aku akan meneruskan coretanku..entah berapa lama lagi aku mahu terus menerus mencoret kisah kehidupanku yang memang sering dilanda hujan tanpa henti dan adakah aku harus terus berpura-pura tersenyum sedangkan aku sebenarnya sedang berperang dengan kesedihan?
JUJUR,AKU PENAT! Jujur,aku penat!penat berpura-pura tabah di hadapan orang lain,penat berlakon di hadapan mereka dengan sentiasa mengukir senyuman palsu meski pada hakikatnya,aku bukanlah setabah yang disangka..tetapi,kadang kala aku tewas melawan kesedihan yang sering menimpaku setiap hari.Ya,memang aku manja!ya,memang aku seperti bayi yang sering menangis.Entah bila kisah sedihku ini akan menemui noktahnya...
AKU TIDAK KUAT! Kadang,aku termenung sendiri,merenung ke arah pepohon hijau yang berada di sekitar kawasan rumahku.Aku sering termenung,aku sering menangis tatkala aku memikirkan sikap manusia yang seringkali hanya pandai menjadi hakim,menghukum aku secara bertubi-tubi.Kadang,air mataku mengalir menemani diriku yang terkulai di pintu kehidupan,seolah-olah memahami gelodak jiwa yang sedang aku rasakan.Kadang,aku terfikir,mengapa aku dilahirkan ke dunia ini?jika aku hanya ditakdirkan untuk menempuh kesedihan.Bukan maksudku untuk melawan takdir Ilahi,tetapi aku sememangnya tidak akan terlepas daripada berfikir sebegitu tatkala aku benar-benar tewas melawan dalam segala tohmahan yang dilemparkan kepadaku.Tiada siapa yang mengerti apa yang aku rasakan...
AKU INGIN PERGI JAUH! Ya,aku sudah tekad!aku mahu pergi jauh,jauh dari sini..jauh daripada KUANTAN..aku mahu melupakan segala sejarah peritku ketika berada di sini,aku mahu menjadi NADIATUL NABILAH BINTI MAZLI yang baharu,yang tidak dikenali oleh sesiapa..aku mahu pergi sejauh mungkin agar aku boleh menjadi nadiah yang lebih kuat dari segala aspek..tapi kata orang,lari daripada masalah tidak akan menyelesaikan masalah itu,malah mungkin masalah itu akan menjadi bertambah rumit..ah,aku tidak peduli!aku sudah tekad!
AKU PERLU KUAT! Ya,aku perlu kuat!demi meneruskan perjuangan hidupku yang baru sahaja separuh jalan..Terus tabah!terus menghiraukan kata-kata pematah semangat yang sering dilontarkan kepadaku saban hari.Mungkin aku perlu terus menyembunyikan kesedihan yang semakin lama memusnahkan keceriaanku yang masih berbaki.Ya,aku akan terus tersenyum selagi mampu!Allah sentiasa berada di sisiku,sentiasa mendengar rintihanku dan sentiasa memberikan yang terbaik untukku...
wahai mata,berhentilah mengalirkan air mata, wahai bibir,jangan pernah berhenti mengukir senyuman, wahai hati,kuatkanlah semangat, wahai tangan,jangan pernah berhenti berdoa, wahai telinga,jangan pernah terpedaya dengan tipu daya syaitan

A big thanks for all of you,my blog visitors. Feel free to read the entries and enjoy yourself listening to my blog's theme song. Do leave your footprints at the 'chatting' space provided. I'll follow you guys back.