♛The Silent Stalker♛
ABOUT ENTRY LINKS



persahabatan
Saturday, 5 April 2014 • 14:53 • 0 comments
                  
                      ASSALAMUALAIKUM READERS ! ^.^

Aku tak tahu lah macam mana nak mulakan story hari ni :( *mood down* hari ni aku rasa takde mood nak buat loyar buruk macam selalu..so tanpa loyar buruk yang tak kelakar langsung,aku nak start story kat korang apa sebenarnya yang telah berlaku sepanjang blog ni tak di update..


persahabatan..something yang aku pasti semua orang perlukan..masa aku form 1,aku mula kenal erti persahabatan bila aku bertemu dengan SM.Aku malas nak bagitahu nama penuh dia,so aku gunakan huruf SM je lah.SM,aku jadi bestfriend dengan dia start daripada form 1.Kitorang dah macam belangkas,mana aku pergi mesti ada dia and kitorang tak pernah berenggang.Memang aku rasa dia bestfriend aku forever macam friendship antara Tiger dengan Pooh.Maklumlah,dia je yang sudi layan aku yang talkative ni sepanjang masa.Tapi,masa form 2 friendship kitorang hancur macam tu je sebab ada someone ni rampas SM daripada aku..Start daripada situ,aku tahu macam mana perasaannya apabila friendship yang kita sangka akan kekal until Jannah hancur macam tu je.

masa aku form 1,aku kenal dengan someone,iaitu S dengan H.Even diorang study kat kelas terakhir,aku rasa aku takde masalah nak berkawan dengan diorang.Tiap-tiap kali waktu rehat,aku,S dan H mesti akan rehat sama-sama.

Masa form 3,aku dan S kena terima hakikat yang H dah berpindah ke sekolah lain,tak jauh pun,dia pindah kat sekolah Balok rasanya..so tinggalkan aku dan S je.bulan 7 tahun 2012 ,aku terjumpa dengan H masa aku ke Smk panglima perang untuk ambil bantuan netbook 1 malaysia.Aku pun tak perasan yang dia ada,then dia tegur aku "eh nadiah,kau tak kenal aku ke?" then aku pun pelik lah kan macam mana dia boleh kenal aku,then bila aku pandang dia,aku terkejut.. "eh H,kau pun dapat jugak ke netbook?tak sangka dapat jumpa kau kat sini" then dia kata "ha'ah" then aku borak-borak dengan dia..pastu kitorang bertukar-tukar nombor telefon.Then aku selalu call dia.Tapi,aku dah lost contact dengan dia masa aku form 4.Puas aku call dia tapi tak dapat..sedih jugaklah time tu.

Masa form 4,aku mula rapat dengan someone ni,A namanya.Maklumlah,kitorang satu kelas masa tu..aku selalu gelak-gelak dengan dia,cepuk dia,share story dengan dia.24/9/2013,aku pindah ke Smk seri panching.Sedih jugaklah sebab terpaksa tinggalkan classmates,terutamanya A.

kat Smksp,aku mula-mula kenal mr mystery,sebab aku dengan dia dah start jadi bestfriend sejak awal form 4.Aku kenal dia daripada fb.Then mr mystery kenalkan aku dengan AM,then AM kenalkan aku dengan NH.
tapi,friendship aku dengan MM hancur macam tu je masa awal tahun ni.Puas aku mintak maaf kat MM,tapi entah kenapa dia still tak maafkan aku.

then masa aku pindah Smksp,aku ditempatkan di kelas 5 arif.Aku kenal dengan R dengan F.Then F kenalkan aku dengan D dan SS.Start daripada situlah friendship kitorang bermula..

sekali lagi aku terpaksa terima hakikat yang aku akan kehilangan 2 orang adik angkat aku,iaitu AM dan NH.Diorang dapat tawaran ke MRSM dan SBPI.Sunyi gila aku tanpa diorang,dahlah MM takde,AM dan NH pindah..haih,sedih gila gila. :'(

tapi sejak dua tiga minggu belakangan ni,aku rasa macam R,F,D dan SS macam nak taknak je layan aku.Maybe sebab aku suka nasihatkan diorang kot.

Entahlah,aku rasa macam  kosong je hidup aku sekarang,tanpa sahabat.Then 2 hari lepas,A merajuk dengan aku kat wechat.Aku pun tak tahulah kenapa A jadi emotional sangat.Aku hairanlah,kenapa eh semua kawan yang aku sayang,semua dah macam menjauhkan diri daripada aku?A,saya mintak maaf kalau saya buat awak sakit hati,tapi please,jangan tinggalkan saya :'(

Takpelah,mungkin aku dah ditakdirkan untuk takde sahabat sampai bila-bila. :') hanya mampu redha :)
Apa pon,H,S,A,MM,AM,NH,F,D dan SS,aku nak korang tahu yang korang bestfriend aku until Jannah. :) *fake smile*


PASTFUTURE
The Silent Stalker


A big thanks for all of you,my blog visitors. Feel free to read the entries and enjoy yourself listening to my blog's theme song. Do leave your footprints at the 'chatting' space provided. I'll follow you guys back.

Stalker[s]





  Stalker[s]
Click "LIKE" first
Daisypath Happy Birthday tickers
Stalking..

Archive